BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

22 April 2014

Aku Pelajar Diploma Sains

Assalamualaikum.. 

mengikut pengiraan aku laa kan..

TAHUN SEMESTER BULAN
2014 sem5     6-11
2015 sem6     12-4

DEGREE:
2015 sem1     9-2
2016 sem2     3-7
2016 sem3     9-2
2017 sem4     3-7
2017 sem5     9-2
2018 sem6     3-7
2018 sem7     9-2
2019 sem8     3-7

degree 4 tahun, habis 2019, mase tu umur 25
ingat nk sambung master n phd tgh2 kerje.. 
jadi.. bile nk kahwin?
ingat nk kerja setahun dulu baru nk kahwin..
dulu mase zaman 2010, plan 2018 nk kahwin.
siap kabo belake ke kawan2 spupu2, tok wan sekalii. haha
kene tuko plan doh laa.
why 2018? because i love 8.
haha
itu hanyelah plan semate2, kalu calon xdop nk kahwin dgn sape?
tiang depan rumoh? haha

menyesal ambik diploma? itulah aku.
tapi aku x tahu kalau aku ambik matrik gane,,
aku ni xleh belajar stress2 sangat. 
tapi aku rase diploma sains ni stress gile wehh
tiap minggu test n kuiz, assignment, lab report lagi
setiap minggu ade 3 lab report kene siapkan, 
adik2 yg xmboh hidupnye suffer, ambik lah matrik, 
stress setahun je, compare dgn diploma sains, stress 3 tahun oi~
kalau diploma lain, boleh rilep sikit kot.. 
pernoh kabo ke umi..

"umi,aida nyesal ambik diploma,hari2 test kuiz, 3 tahun stress,kalu aida ambik matrik, at least setahun je aida stress"

harap sangat mase sebelum masuk ade org bagi pendedahan , kalau ambik diploma gane, ambik matrik gane, dok tahu pulok ambik diploma ni lagi serabut hahaha
tapi nk salahkan sape? search bukan ade pun -___-

tapi kalau nk pengalaman lebih, ambik la diploma
boleh kenal ramai orang, ragam orang, and cara hidup orang

setakat aku sem 4 ni, tempat2 yg pernh aku pergi
1.Hotel Printz Park( MAKA 1, Kem Penyu)
2.TTI(MAKA 2)
2.Hotel Sri Msia(MAKA 3)
4.Felda Ressident (Jamuan Perpisahan PKA)
5.Top It
6.Kilang Utusan
7.Pulau Perhentian
8.Tasik Kenyir
9.Setiu bersama penduduk kampung

byk lagi,,x igt. hehehe

ade satu kisah,,petikan dari blog http://shehdikimia.blogspot.com/2011/04/matrikulasi-program-asasi-diploma.html


"Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2011 (keputusan terbaek dalam masa 5 tahun) kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan program matrikulasi PST di Kolej Matrikulasi Selangor KMS, pelajar B ditawarkan diploma sains / teknikal di IPTA / IPTS. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang (paling kurang SPM 6A dan ke atas) dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah sains / teknikal / perubatan di IPTA. 

Pada usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan ‘pengembaraan’ <gerunnya>. Bermula pertengahan akhir Mei 2012 ini. (pelajar matrik KPM mendaftar pada Isnin 28 Mei 2012 serentak seluruh negara).Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma di IPTA.<mendaftar xpasti bile rujuk laman web KPT> Jangan langsung tak daftar mana2 sudah ler 
Hujung bulan April 2013 - Pelajar A menamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 (result diumum lepas sebulan) dan Sept 2013 mula mengikuti program ijazah Muda di IPTA sem I tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma. Sept 2014 - Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah pertama IPTA. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga
(terakhir) program diploma beliau. 
Sept 2015 - Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah pertama IPTA. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan akhir 2015 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah pertama IPTA / IPTS. Pelajar A sekarang ini senior 2 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior. Pertengahan tahun 2016 - Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah pertama IPTA. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah pertama IPTA / IPTS juga. 

Mei 2017 - Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA kepujian kelas pertama, menunggu konvokesyen dan sejak Julai dah bekerja difirma perunding pembinaan sebagai jurutera pelatih . Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah pertama IPTA. Hujung tahun 2017 - Pelajar A masih bekerja <belum sambung ijazah sarjana> dan katalah rezekinya murah  beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belajar di tahun keempat sem terakhir (sem 8), tahun terakhir ijazah pertama IPTA.

Pertengahan tahun 2019 - Pelajar A masih bekerja di firma pembinaan dan memasuki tahun ketiga bertugas. Pelajar B tamat pengajian juga dengan 
CGPA kepujian kelas pertama dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Oktober 2019. Mula bekerja di mana-mana firma pembinaan sejak Julai 2019 dan bakal mencipta kerjaya sebagai jurutera bertauliah juga. "


and aku lebih menyesal bile tahu kekgi kalau nk apply degree, 
medic,denstist,pharmacist even dietetic, optometric pun akan belajar 4 tahun
diulang,.4 tahun.
hampir 3 malam aku xleh tido mikir pasal ni..
senior aku yg dpt 4 flat tiap sem pun ambik dietetik, aku?
wallahualam.

ni senarai lepasan diploma in sains

FAKULTI SAINS GUNAAN
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIOLOGY - CGPA 2.50
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA - CGPA 2.50
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN FIZIK - CGPA 2.50
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI POLIMER - CGPA 2.30
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA GUNAAN - CGPA 2.50
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI MAKANAN - CGPA 3.00
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI PERABOT - CGPA 2.00
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI TEKSTIL - CGPA 2.30
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI SAINS PERSEKITARAN- CGPA 2.50
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI BAHANSARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN FIZIK INDUSTRI-CGPA 2.00
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIO-KOMPOSIT -CGPA 2.00
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA (ANALISIS FORENSIK)-CGPA 2.75
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI MARIN-CGPA 2.00

FAKULTI FARMASI(CGPA-3.80)
SARJANA MUDA FARMASI

FAKULTI KEJUTERAAN ELEKTRIK (CGPA-2.50)
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRIK
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (INSTRUMENTASI)
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

FAKULTI KEJUTERAAN KIMIA (CGPA-2.50)
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN KIMIA
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN (KIMIA DAN BIOPROSES)

FAKULTI KEJUTERAAN MEKANIKAL (CGPA-2.75)
SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN MEKANIKAL

FAKULTI PENDIDIKAN (CGPA-2.50)
SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN (BAHASA INGGERIS) 
SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (BIOLOGY)
SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (FIZIK)
SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (MATEMATIK)
SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)

FAKULTI PERGIGIAN (CGPA-3.50)-KEMASUKAN JULAI
 IJAZAH SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN

FAKULTI PERUBATAN (CGPA- 3.50)-KEMASUKAN JULAI
SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN 

FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI (CGPA-2.30)
SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN (TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LADANG)

FAKULTI SAINS KESIHATAN (CGPA- 2.75)-KEMASUKAN JULAI
 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN
 IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
 IJAZAH SARJANA MUDA PENGIMEJAN PERUBATAN
 IJAZAH SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
 IJAZAH SARJANA MUDA FISIOTERAPI
 IJAZAH SARJANA MUDA PEMULIHAN CARAKERJA
 IJAZAH SARJANA MUDA OPTOMETRI
 IJAZAH SARJANA MUDA PEMAKANAN DAN DIETETIK


panjang lagi sejarah hidup aku sebagai seorang pelajar..
kadang2 jealous pun ade
kawan2 aku ade yg umur 22 boleh masuk kerje doh, 

kadang2 sedih pun ade, bile jadi pelajar diploma ni, 
rase macam rendah diri je, ialah..
mane setanding dgn pelajar matrik n asasi.
diorang dapat kerje dulu~
kami ni sape~
Miss Biology aku siap bagi kata2 dan ancaman awal bahawa kursus Sains dianaktirikan.
Miss kabo lecturer kat Shah Alam pandang rendah kos diploma sains ni,Miss suruh kami kuat, harungi semua cabaran tu, chewaah
Miss kate, belajar degree dok same mcm belajar diploma.
acano tuu?? takuttt. Miss kate awk kene berhati2 terutama dgn lecturer kat Shah Alam. 


xpe, rezeki dimane2, semue Allah rancang dh
dok baik nyesal, 
dok baik ngeluh,
hidup ni bukan lame sangat pun, mane tahu dok dang nk masuk degree pun,
ajal mendatang?
nauzubillah.
em, kite hanye mampu merancang,
tapi Allah tetap belake dh, yang penting usehe.
jangan putus asa.

AJA AJA FIGHTING !




Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.” 






.. sorry I talk too rubbish::

16 comments:

Anonymous said...

Janganla sedih. Diploma okay what. Setiap perkara ada pro n cons dia. Some people yang dari matrik masuk degree diorang culture shock sbb x biasa. Kalau diploma dah ada experience. Mesti ada hikmah awak dapat diploma. Lagipon diploma + degree vs matrik + degree, Diploma menang. Bersyukur la dengan apa yang awak dapat. Maknanya tempat awak bukan dekat matrik tp dekat diploma sains. Kalau ada lect pandang rendah kat kos sc, itu masalah mereka. Yang nak belajar awak. Demi masa depan. Ingat rezeki allah tu luas. Tak semestinya yg blajar cpat, cpat kaya. Yg blajar lmbt, lambat kaya. Perancangan allah kita tak tahu. Allah has a better plan. Ada orang yg x dpt sambung blajar tu lagi kesian. Saya lagi sedih. Dapat poli je. Dip in foodtech. Masa mula2 frust sangat sbb x dpt U. And now, bila dah sambung blajar, saya husnudzon. Saya percaya mesti ada hikmah kenapa allah takdirkan saya dekat sains gunaan foodtech. Saya faham awak sedih sebab awak bandingkan diri awak dengan kawan2 awak. I got the same problem too. Tapi sampai bila nak sedih. Move on je. Saya pon amek masa berbulan2 nak move on. Dan alhamdulillah, saya dah mula ada wawasan. Wawasan untuk ke degree di Universiti. Inshaallah dietetik/microbiology��. Awak kena gembira dengan apa yamg awak dapat. Enjoy ur life. Ingat rezeki allah tu luas. Bukan tertumpu pada satu je. Kalau dip sc tak bagus, kenapa ianya wujud? Kalau awak rasa awak nak ambik medic tapi x dpt di ipta,cuba ipts. Cuma mahal dan tak gah la nak banding dgn ipta. Tapi saya yakin, apa2 kos pon boleh berjaya kalau buat terbaik. Awak bertuah sbb dapat diploma dekat Universiti. Tahniah. Semoga awak berjaya dunia akhirat ☺.

Unknown said...

Bole tak cite pengalaman dalam bidang foodtech ni?

Unknown said...

Assalamualaikum. First sekali i enjoyed reading your story sbb course yg kita ambik sama; Diploma Sains. Saya adalah graduan Dip Sains dari salah sebuah uni awam dgn cgpa hanya 2.40 shj. Dah lebih setahun sy menganggur ni dan sekarang ni tengah terkial kial nak sambung degree and at the same time saya waswas sbb sy takut kalau kalau takde u yg nk approve sy utk sambung degree dgn cgpa yg sedemikian. Actually dah 2x sy cuba apply utk sambung degree tak tak berjaya. First sy fikir,maybe course yg sy apply tu tak padan kot ngn cgpa sy. Kali kedua sy apply, pun tak dapat. Iv pun tak panggil. So sy fikir, should i forget my degree and just continue and fokus utk cari kerja je sekarang ni? Sbb my mom pun keep on pushing me suruh cari kerja and there are no signs from her suruh i sambung belajar (means dia tak support pun i kalau i nk sambung belajar). What should i do? Sy nak sangat sambung belajar tp keadaan tak mengizinkan. My family pun seems like takde masalah dari segi kewangan and i think my parents could afford me kalau sy nk sambung belajar. What should i do now? Tolong bagi pendapat please. Thanks in advance.

Unknown said...

Its will not be wrong if you wanna sambung study.. but ikut cakap mak ayah lagi bagus.. coz we need their restu... berkat mak ayah tu smpai bila2.. its will makes us happy for our future soon.... owh ya btw try apply kerja since awak cuba buat permohonan sambung belajar x dpt

Nur Aimi Sofea said...

Saya rs ,saya ni mcm akak lah.. Macam salah ambik jalan or something like thtlah sbb time sklh men. Saya aliran kesasteraan melayu plus seni plus perdangan ..mari ke uitm dpt kos business study .. 2nd intake hbs tutup sudah .. Bukan uitm je. Ipta yg lain pun . Ntah la nak lari ke tidak .Tgk result laa. Nk tukar course, leceh laa sbb kita kna berdikri bergerak sana sini 😭 akak paham tk cerita sy ni? ..huhu mohon nasihat

Anonymous said...

Assalam. Saya budak lepasan SPM 2018 dan Alhamdulillah dapat tawaran diploma sains. Masa di upper form ,saya aliran sains tapi drop addmath .Agak agak susah tak saya belajar nanti kalau x da basic dalam addmath? physic and bio saya dlm spm dapat C and C+,chem pulak D. I'm not good enough in science. But saya interested nak join diploma science ni since pekerjaan dalam bidang tu lumayan bagus. Agak agak bidang ni perlukan banyak belanja tak ? dalam seminggu berapa banyak free time?.and if you don't mind, may i ask you if you already have a job right now? Job yg ada kaitan dengan diploma sains tu .Senang tak dapat keje ?.hope you will answer all my question because I'm in dilemma right now ��.
.
Thank you and have a nice day ❤

Anonymous said...

yup samalah kita dapat dip sains. result pun hampir sama,saya pun masih buntu dgn kerja yang boleh saya dapat nanti lepas diploma nanti��

Xavuer said...

Macm mna pula dengan course teknologi polymer...boleh bagi nasihat tak

Anonymous said...

hai.. im just wanna share about my experience. aku mase spm dulu bukanlah aliran sains, aku amik akaun dan ekonomi,..sekarang alhamdullilah aku dah abis diploma in biotechnology kat politeknik nilai.. sekarang aku tga cari kerja.. the message is, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. dont give up.. aku nak share syarat kelayakan utk masuk diploma biotech kat politeknik nilai iaitu mendapat credit dalam 5 subjek termasuk bm , lulus BI and Math/add math serta 2 kepujian dalam subjek lain.. budak yg amik sains biasa atau add sc pon boleh mohon.. itu saja trimas

666 said...

for me, better you apply kerja dulu, then bila dah dapat kerja, baru u sambg degree buat part time mode.. trust me its worthy.. sbb nowdays, kerja pun susah nak dapat.. bile u dah ada job atleast you ade pendapatan ... kerja ade , degree pon otw.. nnti bile dah abis degree bole apply naik pangkat atau naik gaji.. plus.. bule buat part time degree bole support sendiri dengan duit gaji, tanpa membebankan makayah you.. okay.. find job first... then dah keje dlm 4 bulan camtu , dah setabil semua, duit pun dah kumpul pastu bole buat permohonan degree part time..cth ipta yg offer degree part time mcm USM,UITM iNED, UTM-SPACE, UPM, OPEN UNIVERSITY dan UUM .. jadi kesimpulannnya, peluang sentiasa ada, cuma kita nak atau tak nak je.. okay..

Unknown said...

salam.. macam mna sekarang? ok tak belajar sains tu ? struggle sangat ke? takut :(

Mini Agent Sah Susu Goatgeos said...

Haii awak,nama saya pun aida 😂😂
Awak sambung diploma sains kt mana,saya bdk aliran sains tulen tpi tak ambil bio but saya minat sains

Mini Agent Sah Susu Goatgeos said...

Haii awak,nama saya pun aida 😂😂
Awak sambung diploma sains kt mana,saya bdk aliran sains tulen tpi tak ambil bio but saya minat sains

Wafa said...

Hi , saya nk tanya. Diploma Sains aliran bio boleh smbung matematik gunaan tak?

Anonymous said...

Hai , nak tanya , kalau nak kerja terus lepas habis diploma sains gunaan , apa ya bidang kerjaya yang ada ?

Anonymous said...

Lepas baca blog ni, aku tk keseorangan la rupanya:) struggle nk naikkan pointer and pointer pn bwh 3.0 hmm malu and tkut dgn pndgn org, tkut org tk trima sbb kita tk sberapa pndai kan. Hrp sy dpt buat kputusan yg baik la demi kluarga sy. Nk sgt keja tp kluarga mntak smbung lg nnti thun dpan. Trima ksih info untk lepasan ;) sy otw sem 5 bulan oct ni, wish me luck 💞