BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 November 2012

SAD

Assalamualaikum..




Ustaz Don Daniyal kata :

"Kalau rindukan seseorang, baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya" :)










Why you are so so so CRUEL.
how dare u are to remove me from SHH.
If u want to forget the past,just go..
Please don't try to make me forget that because..
I WILL KEEP IT IN MY MEMORY .



Mood: saddd :(



.. sorry I talk too rubbish::

27 November 2012

Fathil

Assalamualaikum..



 Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia.
Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi 'profile pictures' sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan.
Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada mawar tersebut, kini sudah tiada lagi. Tudung singkat dan baju ketat menjadi pilihan, menampakkan bentuk tubuh badan yang telah diamanahkan Allah untuk dijaga sebaik mungkin daripada pandangan bukan muhrim.
Bukan semua sahabatnya, hanya segelintir. Kalimah istighfar membasahi bibir Fathil, kelopak mata yang sarat dengan takungan air, melimpah jua.
Ya Allah, berikanlah hidayah kepada sahabat-sahabat seperjuanganku, janganlah Kau biarkan mereka hanyut dan jauh daripada jalan-Mu yang lurus, sepertiku dulu....
Fathil tidak mampu membuat apa-apa, kerana apabila dinasihat melalui laman web sosial tersebut, mereka lebih pandai berhujah, malah cuba membenarkan apa sahaja perlakuan mereka. Syaitan dan hawa nafsu menguasai diri mereka. Mereka mempersendakan hukum Allah, tidak takut akan balasan Allah.
Kenapa mereka berubah sedemikian rupa, Ya Allah monolognya sendirian.
Fathil mencapai dan membelek-membelek tafsir Al-Quran di hadapannya. Cantik, biru warna kulitnya, dihadiahi seseorang yang pernah mengisi kekosongan hidupnya, suatu ketika dahulu.
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). (Al-An'aam 6:70)
*****
Awak, saya harap awak dapat terima buku Hadith Pilihan ni, Insyaallah dapat membimbing kita bersama-sama, ungkap Fathil sambil menghulurkan sebuah buku berkulit tebal; himpunan hadith-hadith sahih, kepada Asiah.
Asiah juga menghulurkan sebuah tafsir Al-Quran kepada Fathil. Fathil menyukainya memandangkan warna kulit buku tersebut berwarna biru, warna kegemarannya. Pertemuan buat kali terakhir itu dirancang di hadapan masjid berdekatan sebelum mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Asiah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Syria, manakala Fathil mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Sebelum itu, Fathil perlu membuat persediaan di sebuah kolej di ibu kota selama setahun setengah di Malaysia.
*****
Fathil dan Asiah adalah antara tulang belakang dalam badan Agama sekolah. Tetapi, sudah menjadi lumrah untuk manusia mempunyai perasaan terhadap berlainan jantina. Mereka menyukai antara satu sama lain. Cinta yang kononnya kerana Allah, iaitu tipu daya syaitan, menghalalkan segalanya.
Pada suatu hari, Fathil meluahnya perasaannya, menggagahkan dirinya mengambil telefon bimbitnya dan menaip,
Assalamualaikum. Asiah, sebenarnya saya berniat untuk menjadikan awak sebagai kekasih hati saya, wanita yang menyinari hidup saya, bersama-sama membantu saya dalam menegakkan dakwah Islam. Saya memerlukan seseorang yang mendokong saya supaya saya dapat menggalas tanggungjawab menjadi da'ie dengan sebaik mungkin, sepertimana mulianya kasih sayang dan pengorbanan yang dilakukan Khadijah terhadap Rasulullah. Saya cintakan awak, ikhlas kerana Allah, saya sebenarnya berniat menjadikan awak sebagai isteri, tapi kekangan masa mengatasi segalanya, kerana banyak tanggungjawab perlu digalas, saya berharap buat masa ini, awak dapat menerima saya sebagai teman lelaki awak. Insyaallah, jika kita bercinta kerana Allah, Allah akan sentiasa membantu kita supaya kita tidak dikawal oleh hawa nafsu.
Panjang mesejnya, menanti dengan penuh debaran samada Asiah menerimanya atau tidak. Dipendekkan cerita, responnya positif. Bermulalah sebuah episod cinta yang kononnya berlandaskan Islam, atau couple in islamic. Indah, kerana mereka saling memperingati antara satu sama lain, berkongsi ayat-ayat Al-Quran dan banyak lagi. Namun, sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah, mereka juga tidak lari daripada zina, walaupun tidak sampai berpegangan tangan, melakukan maksiat atau berdua-duaan di tempat sunyi.
Zina yang dimaksudkan ialah zina hati, kerana mereka saling merindui antara satu sama lain. Sudah menjadi lumrah apabila pasangan akan mengingati pasangannya yang lain. Mereka tewas dengan diri sendiri, malah semakin jauh daripada mengingati Allah. Fathil yang dahulunya menghiasi hari-hari dengan membaca Al-Quran dan berzikir mengingati Allah, sudah berubah. Dia lebih banyak mengingati Asiah daripada Allah, penciptanya. Begitu juga Asiah.
*****
Assalamualaikum, awak tinggal di bilik AE-25 ke? sapa seorang lelaki dari belakang, bertubuh agak tinggi dan tegap, suci mukanya.
Ya, jawab Fathil, ringkas. Kini, dia berada di hadapan bilik AE-25, asrama tempat tinggal kolej persediaannya.
Owh, jadi bilik kita sama, senyum lebar lelaki tersebut.
Umar namanya. Wataknya yang periang membuatkan Fathil berasa selesa dengannya, malah mereka berdua mempunyai nawaitu yang sama, iaitu menjadi syabab (pemuda) yang menjadikan Islam sebagai rutin hidup, yang seimbang antara dunia dan akhirat, serta bersama-sama dalam jalan dakwah berkongsi ilmu mengenai Islam terhadap pemuda-pemuda yang lain. Rutin harian mereka mudah diikuti. Mereka bersolat jemaah pada setiap waktu di surau, mengamalkan al-mathurat selepas subuh, membasahkan lidah dengan berzikir dan berselawat, bersugi sebelum berwuduk, menunaikan solat sunat dhuha, menunaikan solat tahajud di kala sahabat yang lain enak tidur, usrah bersama rakan-rakan, mengamalkan surah Al-mulk sebelum tidur, dan pelbagai lagi amalan yang dilakukan, semata-mata mencari keredhaan Allah.
Mereka berdua menunjukkan teladan yang baik sebagai medium dakwah. Alhamdulillah, mereka berdua menjadi sahabat karib yang mana mereka bersahabat kerana Allah, bertemu dan berpisah jua kerana-Nya.
Sudah 4 bulan mereka belajar di situ. Umar menyedari perbuatan Fathil sejak sekian lama, pada setiap pagi selepas subuh dan juga sebelum tidur. Fathil pasti akan menggunakan telefon bimbitnya, bermesej sambil senyum sendirian. Selama ini, Umar sentiasa husnul zon (bersangka baik). Namun, pada hari ini dia bertekad untuk bertanya Fathil. Umar memulakan perbualan sebelum tidur.
Baiknya, nta selalu mesej ibu bapa nta.
Eh, mana ada, ana tak mesej diorang pun, ana mesej kawan, jawab Fathil.
Owh, kawan, lelaki ke perempuan? soal Umar.
Hmmmm, Fathil terhenti seketika. Dia dapat mengagak bahawa Umar mengesyaki sesuatu.
*****
Tak, nta tak paham, ana bercinta kerana Allah, ana dah berjanji yang akan bernikah setelah abis belajar, jawab Fathil, sayu.
Wahai akhiku, tiada perkara yang menghalalkan cara, walaupun niat nta baik, tapi nta tersalah method. Sebagai contoh, seorang ustaz ingin mengajarkan agama terhadap seseorang perempuan, tetapi mereka berdua-duaan di hadapan khalayak. Walaupun niat ustaz tersebut baik, tetapi methodnya salah. Maka akan timbulnya fitnah daripada orang yang melihatnya. Bagi situasi nta plak, walaupun nta mempunyai niat yang baik, untuk menjadikan dia sebagai isteri yang sah, method nta kurang tepat. Nta tetap berpeluang untuk terjerumus dalam zina, iaitu zina hati. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan yang nta tidak sesekali rindu akan dia. Jika nta betul-betul sayangkan dia kerana Allah, nta tidak akan membiarkan dia menghampiri zina, kerana sudah semestinya dia juga akan merindui nta. Jika nta mencintai dia, kenapa nta hendak kotorkan hati sucinya daripada lalai mengingati Allah, tetapi mengingati nta? Jangan biarkan hawa nafsu menguasai kita, ana sayangkan nta sebagai sahabat dunia akhirat, ana takkan biarkan nta hanyut dengan cinta remaja, lagipun adakah nta dapat menjamin bahawa nta cintanya kerana Allah, atau kerana hawa nafsu? hujah Umar, panjang lebar. Umar beristighfar supaya dirinya tidak dikuasai emosi, sebaliknya bersikap profesional dalam menasihati sahabatnya itu.
Tapi Umar, nta jangan salah faham, ana dengan dia saling menasihati antara satu sama lain, saling mengingatkan, ana tak ada mesej jiwang-jiwang dengan dia, Subhanallah. Malah, apa bezanya kalau ana mesej dengan dia, atau mesej dengan kawan perempuan lain?
Beza akhiku, kerana nta mempunyai perasaan terhadap dia, dan si dia juga mempunyai perasaan terhadap nta, iaitu kasih sayang dan cinta. Berbeza dengan kawan perempuan, yang mana kita mesej apabila dirasakan perlu dan nta tidak ada perasaan terhadapnya. Tetapi, kepada si dia, nta sudah pasti rasa tidak keruan jika tidak mesej dengannya, walaupun sehari, bukan? Sedarlah wahai sahabatku.
Fathil diam. Terpaku. Tidak mampu berkata apa-apa, hanya mampu beristighfar, memikirkan kata-kata sahabatnya. Hari-hari malam yang dilaluinya, begitu perit, kerana Umar sentiasa menasihatinya, istiqamah. Umar tidak pernah berputus asa membimbing sahabatnya itu. Fathil teringat akan firman Allah,
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah 2:44)
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan, aku menggalakkan sahabat-sahabatku supaya bertaqwa kepada Allah, tetapi aku lupa akan kejahilan diriku ini,tersentuh hati Fathil.
Fathil juga semakin sedar. Dia semakin banyak menghabiskan masa membaca Al-Quran.
Method dakwah Umar memang berkesan. Alhamdulillah. Umar sentiasa berdoa supaya sahabatnya sedar. Fathil sedar bahawa selama ini dia bercinta didorongkan hawa nafsu, bukan kerana Allah. Jika dia bercinta kerana Allah, dia tidak akan mengotorinya dengan hawa nafsu dengan mendekati perempuan tersebut. Fathil bertaubat, memohon seribu kemaafan daripada Allah. Suatu hari, dia bertekad, dan meminta pendapat Umar, adakah dia patut minta putus dengan Asiah. Umar tenang, sambil berkata,
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)
Fathil bertekad, mengambil telefon bimbit di belakang bantalnya, dan menaip mesej,
Assalamualaikum awak. Saya ingin mintak maaf, ikhlas dari lubuk hati, mungkin keputusan saya ini akan membuatkan awak terkejut, dan menangis. Tetapi percayalah, saya melakukan ini semata-mata kerana Allah. Cinta kepada Allah sangatlah agung, tetapi sukar untuk kita miliki. Selama ni, cara kita salah, tiada ungkapan cinta islamik dalam cinta remaja, sebaliknya cinta yang sebenar ialah selepas akad nikah. Walaupun kita selalu berhubung dan saling menasihati mengenai benda-benda kebaikan, perkara ini tak menghalalkan cara. Saya tiada niat untuk melukakan hati awak, sebaliknya jika awak benar-benar menyayangi saya, kerana Allah, kita akhiri hubungan kita setakat ini sahaja. Ingatlah, kita hanya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang, jika kita benar-benar dijodohkan, Alhamdulillah, jika tidak, terimalah ketentuan Allah, dengan redha dan ikhlas. Kita hidup mengharapkan keredhaan-Nya. Saya harap kita akan dapat kekal sebagai kawan sahaja setakat ini.
Mesej dihantar. Air mata Fathil mencurah-curah. Tidak tertahan olehnya pengorbanan yang telah dilakukan. Umar berada di sisi, memberi kata-kata semangat, Luahkan segalanya wahai akhiku, ingat, nta bermujahadah kerana Allah, Allah akan sentiasa bersama nta.
*****
Bunyi deringan lagu 'Menanti di barzakh', alarm telefon bimbit Umar memecah kesunyian subuh. Mereka berdua terjaga, bersiap-siap. Fathil mencapai telefon bimbitnya; ada 5 mesej dan 2 'miscall'. Tak semena-mena, Fathil menangis. Umar dapat menjangkannya, dan hanya mampu memberikan semangat kepada Fathil. Fathil menggagahkan dirinya untuk bersolat subuh berjemaah di surau, mengikut Umar.
Seolah-olah sebahagian nyawanya hilang, dia menangis teresak-esak sepanjang perjalanan ke surau. Namun, dia percaya, mujahadah dan pengorbanan yang dilakukan ini, hanya akan dirasa sebentar sahaja keperitannya, dia percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang, dan setiap perkara pasti ada hikmahnya. Mungkin dia akan dipertemukan dengan perempuan yang lebih baik, kerana jodoh sudah pasti di tangan Allah.
Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)
******
Masa berlalu begitu pantas. Kenangan yang lama telah dilupakan. Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah, Umar dan Fathil telah mendapat keputusan yang cemerlang, melayakkan diri mereka untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Rezeki mereka juga baik kerana mereka mendapat tempat di universiti yang sama di Australia.
Umar, nta berhajatkan sesuatu, kata Fathil setelah mereka mengambil keputusan peperiksaan.
Apa? jawab Umar, penuh tanda tanya.
Ana sedar yang dahulu ana hanya dipengaruhi oleh hawa nafsu, sering lalai daripada mengingati Allah. Cinta ana dulu, bukan kerana Allah, kerana ana sekarang sudah dapat mengawal perasaan ana terhadap Asiah, malah ana bersyukur kerana ana sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Kami lebih gembira sebagai kawan sekarang. Ana bersyukur kerana ana masih lagi diberikan hidayah oleh Allah, untuk sedar akan kesilapan ana yang lalu. Namun, sudah menjadi lumrah manusia, bahawa lelaki akan tertarik kepada perempuan, tetapi ana tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Ana memerlukan bimbinganmu, wahai akhi.
Umar tidak mengerti, kehairanan. Dia tidak dapat mengagak buah fikiran Fathil. Kemudian, Fathil menyambung lagi,
Sebenarnya ana tertarik dengan keperibadian Khazinatul, nta kenal kan Khazinatul? Ana terpegun dengan personalitinya, bak mawar berduri. Dia sentiasa menjaga pandangan, hanya berbicara dengan bukan muhrim apabila perlu, dan juga menjadi idaman bagi seorang lelaki muslim. Tiada lelaki yang berani untuk mendekatinya, kerana peribadinya yang sungguh tinggi. Tetapi, ana tewas, ana susah untuk melupakannya, tambah-tambah setelah ana melakukan solat istiqarah. Alhamdulillah, ana seperti mendapat petunjuk. Ana berharap keputusan ana betul, untuk melamar Khazinatul. Ana tidak mahu lagi mengulangi perkara yang sama, iaitu bercinta sebelum kahwin. Ana ingin merasa nikmat cinta, yang mana mendapat keredhaan Allah, iaitu bercinta selepas mempunyai ikatan yang sah. Tetapi, ana memerlukan nta, sentiasalah bimbing nta, dan doakan yang terbaik untuk nta.
Umar terlopong, terkejut. Umar mengawal perasaannya, dengan tenang, dia berkata, Insyaallah, ana akan cuba sedaya upaya ana untuk membantu nta, tapi pada pendapat ana, apa kata nta habiskan dahulu belajar, kemudian nanti apabila sudah tamat belajar, ana bantu nta untuk mendekati Khazinatul, dan melamar dia. Ok? Nta, kahwin ni bukan sesuatu yang mudah. Nta bukan sahaja perlu bersedia dari segi zahir, malah juga batin. Bagaimana nta ingin menyara isteri nta, jika nta masih belajar? Nasihatku, nta habiskan dahulu belajar, dapatkan pekerjaan tetap, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Agama, selepas itu, baru nta benar2 bersedia, dan lamarlah dia.
Hmm, lambatnya nak kenal dia, bagaimana kalau dia terlebih dahulu dilamar orang lain, terlepas nta nanti, siapa yang tak menginginkan mawar berduri seperti Khazinatul, soal Fathil.
Insyaallah, kalau jodoh, takkan ke mana, banyakkan berdoa kepada Allah, Allah adalah sebaik-baik perancang, ingat, Allah menentukan yang terbaik untuk kita. Amboih nta ni, sabarlah la skit, haha!
Mereka berdua tertawa. Hanya menunggu masa dengan penuh kesabaran. Tetapi, perjuangan mereka takkan terhenti setakat ini sahaja. Mereka akan sentiasa istiqamah untuk berdakwah serta memperjuangkan Islam, di bumi Australia. Islam bukan sekadar agama. Islam membimbing kita supaya bertaqwa kepada Allah, dan menyedarkan kita bahawa Allah adalah pemilik segalanya. Mereka akan meneruskan perjuangan, hingga ke generasi seterusnya. Insyaallah, bersama mawar-mawar yang akan menyinarkan lagi cahaya Islam


*copypaste

.. sorry I talk too rubbish::

23 November 2012

Leaving

Assalamualaikum..


Lirik Hijau Daun Suara (Ku Berharap)

Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu, masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba hadapi semua ini
Meski tanpamu oooh meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Reff:
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, aku menunggu

Reff2:
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


My life as Aida Amirah not as easy as you think.

Forget you not, I'm human.



i'm sorry for the pain i caused.
I'm sorry for the tears i made you cry.
I'm sorry for the lies i told you.
I'm sorry that I'm not perfect for you.
I’m sorry for not being there when I said I would.
I’m sorry for causing so much trouble in this life time.
I’m sorry for always doing the wrong thing.
I'm sorry I'm a failure to you.
but i can't help being me.
I’m sorry i caused you so much misserie. 
Im sorry if i ever tell u that i love you.

I am sorry 


thank you for this one.23 SEPT 2012-22 NOV 2012



*Please leave and forget me.



.. sorry I talk too rubbish::

20 November 2012

HATI

Assalamualaikum..




Dialah RAJA...dia jugalah hamba...
Jika disalahgunakan bakal mengundang bencana...

Itulah HATI...walaupun kecil namun sangat berbisa
Peliharalah hati-hati kita daripada tercalit titik hitam yang mengotorkan...




Dear Allah,
Please forgive me,
I am string in my own way,
But with u by my side,
I am much STRONGER,
and NEVER ALONE.



Dari Abu Darda` radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ:  أَللَّهُمَّ، إِنِّي أَسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ،  وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.  أَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي، َمِنَ الْمَاءِ الْبَارِد
Di antara doa Nabi Daud sallAllahu `alaihi wasallam adalah:  ”Wahai ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMU akan cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMU.  Wahai ALLAH, jadikanlah cintaMU lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk.”
(HR at-Turmudzi, katanya hadith ini hasan)





Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Dalam kehidupan yang penuh ranjau ini, kita selalu dibisik oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai dan dosa. Tentunya hati yang bertatahkan iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani godaan-godaan itu.
Masalahnya ialah hati kita selalu berbolak-balik dan iman kita pula selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman.  Ia berbolak-balik dan turun-naik.
Di bawah ini adalah suatu do`a yang selalu diamalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:

Pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH dengan do`a ini.
Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:
َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
(Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala diniKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”
Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang selalu membacanya.  Dan in sha’ ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.
Hayati makna doa tersebut dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH.  KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.
Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati kita semua pada agamaNYA, amin…




.. sorry I talk too rubbish::

19 November 2012

Ikhlas

Assalamualaikum..







FIRMAN Allah SWT: “Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada- Ku, Aku tidak sekali-kali mengkehendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.
“Sesungguhnya Allah Dialah saja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk- Nya dan Dialah saja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya.” (Surah Adz Dzaariyaat, 56-58) Sesungguhnya, Allah SWT mencipta manusia semata-mata untuk beribadah kepada-Nya dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Jika dilihat, ibadat yang diinginkan oleh Allah SWT ini adalah meluas dan bukan khusus kepada sesuatu ibadat saja seperti solat, puasa, memberi zakat dan haji.
Sebaliknya ia merangkumi segala bidang dalam aspek kehidupan termasuklah bidang pelajaran, ekonomi, politik dan lain-lain lagi, dengan syarat semua itu didasarkan di atas landasan iman dan taqwa kepada Allah.

Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya supaya berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kesejahteraan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Islam melarang dan memandang rendah orang yang malas bekerja dan hanya bergantung nasib kepada pertolongan orang lain.

Islam menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja serta melarang umatnya daripada meminta-minta dengan mengharap bantuan orang lain.

Orang yang malas bekerja hanya akan menjadi beban kepada orang lain. Sesungguhnya siapa yang berusaha untuk mencukupi keperluan keluarganya dan tidak berharap kepada bantuan orang, maka itu adalah sebahagian jihad fisabilillah.

Dalam kita bekerja dan berusaha mencari rezeki yang halal, kita hendaklah berazam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik-baiknya.

Kita jangan hanya jadi pak sanggup dengan sanggup menerima dan memegang apa juga tugas yang diamanahkan tetapi tidak sanggup menjalankannya. Perlu diingat bahawa penerimaan dan kesanggupan menerima tugas atau jawatan itu adalah akad atau perjanjian yang wajib dilaksanakan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menilai kerja-kerja yang kita lakukan selama ini.

Adakah kerja-kerja yang kita lakukan itu menepati kehendak ajaran Islam dan dikira sebagai amal ibadah serta amal soleh di sisi Allah SWT.

Sesungguhnya amat malang dan rugi sekali sekiranya apa yang kita lakukan selama ini tidak mendapat apa-apa balasan daripada Allah SWT kerana kerja adalah ibadat yang dituntut dalam Islam bagi keperluan terhadap keluarga dan agama.

Ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang hamba- Nya kerjakan dan setiap niat di sebaliknya. Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah.

Marilah kita berusaha dan beriltizam untuk bekerja dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang dituntut oleh agama kita.

Tugas atau kuasa yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan jangan disalahgunakan.

Apabila seseorang itu memegang jawatan tinggi dalam syarikat atau sebagai pemerintah, ingatlah ia bukan satu keistimewaan yang boleh dibuat sesuka hati kerana setiap tanggungjawab itu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita menjadi pekerja yang jujur dan amanah serta dimurahkan rezeki selain dijauhkan dari sifat tamak dan suka meminta-minta.

Semoga rezeki yang kita peroleh mendapat keberkatan dari Allah SWT.

#copypaste

*kadang2 aku rase fb,twitter,ym,skype,mahupun whatsapps ,bnde yg xptt kite bgtahu kat org pun kite rase nk bgthu kan..hari ni aku buat ni,semalam aku buat tu,

*aku tahu,aku xlaa perfect mcm korang,tp xperlulah semue bende kite nk mention.just be yourself lah.

*kalau aku scroll down balik fb aku,rase bod*h pun ade,,malu pulak bile bce status sndri,,betape x matured nye aku.....skrg ni,kdg2 je update,,tu pun fikir ape yg org akn kate kalau aku update mcm tu.

*rambut same hitam hati lain2...kite bkn boleh knl semua org pun even org tu bestfriend kite sndri.ade jgk kwn yg mkn kwn.x hairanlah...

tu je kot..aku xthu ape aku nk taip lg.k bai.



 sorry I talk too rubbish::

16 November 2012

Akhlak Rasulullah

Assalamualaikum..





AKHLAK RASULULLAH (◕‿◕) ♥


1) Baginda berdoa dengan penuh
khusyuk dan airmatanya sentiasa
berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang
menyejukkan mata
memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna
wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang
halus
5) Suka makan beramai-ramai
daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan
perhiasan yang cantik
melambangkan kesombongan dan
kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan
berhenti sebelum kenyang
Tidak pernah mengumpat ,
mencerca atau menghina orang
lain
9) Baginda memelihara rambutnya
dengan kemas
10) Baginda memakai serban di
atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam
kepada ahli rumah ketika hendak
keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-
lembut dengan isterinya dan ahli
keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam
kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan
sahabatnya dan memeluk mereka
ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia
tidak melepaskan tangannya
sehinggalah orang dijabatnya itu
melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan
kanak-kanak , baginda
mengangkat tangannya tanda
hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau
merenung wajah orang lain lama-
lama
19) Tidak bangun dari sesuatu
majlis makan sehingga tetamu lain
bangun
20) Tidak pernah menjulurkan
kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap
lambat-lambat dan menyebut
perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan
perhatian kepada orang yang
bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa
terbahak-bahak tetapi hanya
tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam
tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah
bila menghadapi setiap cabaran
dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap
umatnya
27) Tidak pernah mengambil
rezeki kurnian Allah melebihi
keperluan makan minumnya
2 Rezeki yang melebihi keperluan
akan ditaburkan untuk jihad
Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain
walaupun ia sendiri dalam
kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang
miskin dan tidak rasa terhina
bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga
digambarkan seperti angin lalu
pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di
bilik gelap dan di bawah bumbung
yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah
menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan
pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’
sebelum tidur dan berzikir hingga
lena
37) Sangat menghormati orang-
orang tua dan mengasihani
orang-orang muda dan kanak-
kanak

JOM SELAWAT :)


#copy paste
sekadar perkongsian:)
.. sorry I talk too rubbish::

Muharram

Assalamualaikum..






1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.



2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.



Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)



Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)



Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.



Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)



Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) 



#copy paste
sekadar perkongsian:)


 .. sorry I talk too rubbish::